KUALA LUMPUR: Pemain tengah negara, Brendan Gan mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Selangor FC selepas empat musim bersama skuad 'Gergasi Merah'.
Selangor FC, dalam satu kenyataan pada Khamis, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Brendan atas sikap kepimpinan beliau membimbing pasukan serta segala usaha kerasnya dalam mempamerkan aksi cemerlang untuk 'Gergasi Merah' bagi setiap perlawanan sejak menyertai pasukan pada Disember 2019 dari Perak FC.
"Menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan, Brendan merupakan individu yang sentiasa membawa aura positif dan watak pantang menyerah kalah yang diperlukan dalam sesebuah pasukan.
"Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Brendan Gan untuk perancangan masa hadapannya. Semoga kita bertemu lagi. Once a Red, #foreverRED," menurut kenyataan tersebut.
Sepanjang khidmatnya bersama Selangor FC, pemain berusia 35 tahun itu telah membuat sebanyak 80 penampilan dengan 75 daripadanya beliau diturunkan dalam kesebelasan utama dan menjadi ketua pasukan hampir dalam kesemua perlawanan bersama mereka.
Pemain kacukan Malaysia-Australia itu juga telah menyumbang 14 jaringan serta 12 bantuan gol bersama Selangor sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Pemain kacukan Malaysia-Australia itu telah menyumbang 14 jaringan serta 12 bantuan gol bersama Selangor sebelum ini. - Gambar fail/Stadium Astro
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Peluang terbaik pemain tingkat intensiti latihan - Brendan Gan
Pemain tengah Selangor, Brendan Gan menyifatkan permulaan Liga Malaysia (Liga-M) pada 26 Ogos ini sebagai medan terbaik pasukan tempatan mempertingkatkan intensiti latihan bagi menghadapi aksi lebih k
Menang atas Indonesia kuatkan semangat pemain untuk menentang UAE - Brendan Gan
Kembali menyarung jersi kebangsaan selepas tiga tahun, dan menyaksikan Malaysia menumpaskan Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi mungkin menjadi kenangan paling manis buat pe